>Dasar Kuki
Dasar Kuki2020-07-30T14:38:46+08:00

DASAR KUKI

Untuk tujuan-tujuan Dasar Kuki ini, “kami” bermaksud Image Future Malaysia Sdn. Bhd., sebuah syarikat Malaysia yang terletak di Level 19-1, Menara Milenium, Jalan Damanlela, Pusat Bandar Damansara, 50490 Kuala Lumpur W.P. Kuala Lumpur, Malaysia. Sila rujuk dasar privasi kami yang terpakai kepada perkhidmatan kami untuk mengetahui bagaimana kami mengendalikan sebarang data peribadi yang kami kumpulkan melalui kuki.

Kami menggunakan kuki, fail log, tag piksel, suar web, skrip, ‘eTags’ dan fail-fail atau teknologi-teknologi serupa untuk mengumpul dan menyimpan maklumat yang kami kumpulkan secara automatik mengenai peranti dan penggunaan iflix (“Perkhidmatan“) anda. Anda boleh mengetahui lebih lanjut mengenai kuki dan bagaimana untuk mengawalnya dalam maklumat di bawah.

Sekiranya anda tidak menerima penggunaan kuki tersebut, sila lumpuhkan kuki tersebut dengan menggunakan arahan-arahan dalam Dasar Kuki ini, dengan mengikuti pautan-pautan ‘memilih keluar’ (‘opt-out’) yang disediakan di bawah atau dengan mengubah tetapan anda supaya kuki dari Perkhidmatan tersebut tidak ditempatkan dalam peranti anda.

1. Apa itu kuki?

Kuki adalah fail-fail teks yang mengandungi sejumlah kecil maklumat yang dimuat turun ke dalam pelayar atau peranti anda apabila anda mengunjungi suatu alamat web tertentu. Kemudian, kuki dihantar kembali ke alamat web asal pada setiap lawatan berikutnya, atau ke alamat web lain yang mengenali kuki tersebut. Kuki digunakan dengan meluas untuk membolehkan Perkhidmatan tersebut berfungsi, atau berfungsi dengan lebih berkesan, serta memberikan maklumat kepada pasukan Perkhidmatan tersebut.

Kuki melakukan banyak kerja yang berbeza, seperti memudahkan anda merujuk antara halaman-halaman dengan cekap, mengingati log masuk dan pilihan-pilihan anda, dan secara umumnya memperbaiki pengalaman pengguna. Kuki mungkin memberitahu kami, contohnya, sama ada anda pernah mengakses atau menggunakan Perkhidmatan tersebut sebelum ini atau sama ada anda seorang pelawat atau pengguna baru. Kuki juga dapat membantu memastikan bahawa iklan yang anda lihat dalam talian lebih relevan kepada anda dan minat-minat anda. Kuki dapat membantu kami menjaga keselamatan data dan perkhidmatan-perkhidmatan kami dan mengesan penipuan dan penggodaman terhadap produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan kami. Contohnya, kuki dapat menyimpan maklumat tiket, yang boleh digunakan oleh pelayan untuk mengesahkan sama ada log masuk dibuat oleh anda secara bebas. Maklumat yang tersulit dalam tiket juga boleh digunakan untuk mencegah pelbagai jenis serangan, pencurian maklumat merentas laman web, dan akses dengan identiti yang menyamar.

Terdapat dua kategori kuki yang luas:

  • Kuki pihak pertama,disampaikan terus oleh kami ke peranti anda.
  • Kuki pihak ketiga,yang disampaikan oleh suatu pihak ketiga bagi pihak kami.

Kuki boleh kekal dalam pelayar atau peranti anda untuk jangka masa yang berbeza. Sesetengah kuki adalah ‘kuki sesi’ (‘session cookies’), yang bermaksud kuki tersebut hanya wujud apabila pelayar atau aplikasi anda dibuka. Kuki tersebut akan dipadamkan secara automatik sebaik sahaja anda mematikan pelayar atau aplikasi anda. Kuki yang lain adalah ‘kuki kekal’ (‘permanent cookies’), yang bermaksud bahawa kuki tersebut masih kekal setelah pelayar atau aplikasi anda ditutup. Kuki tersebut boleh digunakan oleh Perkhidmatan tersebut untuk mengenali peranti anda ketika anda melawati dan menggunakan Perkhidmatan tersebut lagi.

2. Bagaimana kami menggunakan kuki?

Kami menggunakan kuki untuk:

  • mengesahkan maklumat log masuk untuk memastikan keselamatan akaun anda;
  • menjejaki arus lalu lintas dan corak perjalanan yang berkaitan dengan Perkhidmatan tersebut;
  • memahami jumlah pelawat ke Perkhidmatan tersebut secara berterusan dan jenis-jenis peranti; dan
  • memperbaiki produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan kami dan memberikan data rujukan untuk penyelidikan dan pembangunan produk-produk atau fungsi-fungsi baru.

3. Apakah jenis-jenis kuki yang kami gunakan?

Jenis-jenis kuki yang digunakan oleh kami dan rakan kongsi kami sehubungan dengan Perkhidmatan tersebut boleh diklasifikasikan dalam kategori-kategori yang berikut, iaitu ‘kuki penting’ (‘essential cookies’), ‘kuki kefungsian’ (‘functionality cookies’), ‘kuki analitis dan prestasi’ (‘analytics and performance cookies’) dan ‘kuki pengiklanan dan penyasaran’ (‘advertising and targeting cookies’). Kami telah menyatakan beberapa maklumat lanjut mengenai setiap kategori, dan tujuan-tujuan kuki yang kami dan pihak-pihak ketiga tetapkan dalam jadual berikut.

Jenis kukiApa yang dilakukannya dan apakah data yang diprosesnyaBagaimana untuk menyekat
Kuki yang diperlukan untuk perkhidmatan-perkhidmatan pentingKuki tersebut adalah penting untuk menyediakan Perkhidmatan kepada anda dan untuk menggunakan beberapa ciri-ciri Perkhidmatan tersebut, seperti mengesahkan log masuk, melindungi Perkhidmatan tersebut dan maklumat anda, dan mencegah penipuan, jenayah, penggodaman atau aktiviti-aktiviti dan serangan-serangan yang menimbulkan kesangsian lain. Tanpa kuki tersebut, perkhidmatan yang anda minta, seperti akaun-akaun log masuk yang selamat, adalah mustahil.Sila rujuk arahan-arahan yang dinyatakan dalam ‘Bagaimana untuk mengawal atau memadamkan kuki’ di bawah.
Kuki KefungsianKuki kefungsian merekodkan maklumat mengenai pilihan-pilihan yang telah anda buat dan membolehkan kami menyesuaikan Perkhidmatan tersebut kepada anda. Kuki tersebut bermaksud bahawa apabila anda terus menggunakan atau kembali menggunakan Perkhidmatan tersebut, kami boleh menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan kami kepada anda seperti yang anda minta untuk disediakan. Sebagai contoh, kuki tersebut membolehkan kami:

·       mengingati pilihan-pilihan anda dan mencegah anda daripada perlunya untuk memasukkan semula maklumat yang anda telah berikan sebelumnya; dan

·       mengingati tetapan yang telah anda gunakan, seperti saiz teks, cara perkhidmatan dan penampilan.

Sila rujuk arahan-arahan yang dinyatakan dalam ‘Bagaimana untuk mengawal atau memadamkan kuki’ di bawah.
Kuki Prestasi / AnalitisKami menggunakan kuki prestasi/analitis untuk menganalisis bagaimana Perkhidmatan tersebut diakses, digunakan, atau dilaksanakan untuk menyediakan pengalaman pengguna yang lebih baik kepada anda dan untuk menyelenggara, mengendalikan dan memperbaiki Perkhidmatan tersebut secara berterusan. Sebagai contoh, kuki ini membolehkan kami:

·       menentukan bilangan pengguna unik Perkhidmatan tersebut;

·       mengumpulkan maklumat (seperti halaman-halaman popular, kadar penukaran, corak tontonan, klikan dan maklumat lain) mengenai penggunaan Perkhidmatan tersebut oleh pelawat-pelawat kami supaya kami dapat mempertingkatkan data tersebut dan memperibadikan Perkhidmatan kami untuk anda;

·       memperbaiki Perkhidmatan tersebut dengan mengukur sebarang ralat yang berlaku; dan

·       menjalankan penyelidikan dan diagnostik untuk memperbaiki penawaran-penawaran dan fungsi-fungsi produk.

Sila rujuk arahan-arahan yang dinyatakan dalam ‘Bagaimana untuk mengawal atau memadamkan kuki’ di bawah.
Kuki Pengiklanan dan PenyasaranSemasa anda menggunakan Perkhidmatan kami, anda akan memerhati bahawa Perkhidmatan kami mempunyai pengiklanan. Kami membenarkan syarikat-syarikat pihak ketiga, termasuk syarikat-syarikat pengiklanan, menempatkan kuki dalam aplikasi kami.

Kuki tersebut membolehkan syarikat-syarikat tersebut menjejaki aktiviti-aktiviti anda pada pelbagai laman web di mana laman-laman web tersebut memaparkan iklan-iklan dan merakam aktiviti-aktiviti anda supaya mereka boleh menunjukkan iklan-iklan yang mereka anggap relevan kepada anda semasa anda melayari Internet.

Kuki juga membolehkan kami dan pihak-pihak ketiga mengetahui sama ada anda pernah melihat suatu iklan atau suatu jenis iklan, dan berapa lama sejak kali terakhir anda melihatnya. Maklumat ini digunakan untuk tujuan-tujuan pembatasan frekuensi, untuk membantu menyesuaikan iklan-iklan yang anda lihat, dan untuk mengukur keberkesanan iklan-iklan.

 

Sila rujuk arahan-arahan yang dinyatakan dalam ‘Bagaimana untuk mengawal atau memadamkan kuki’ di bawah.

4. Bagaimana untuk mengawal atau memadamkan kuki

Anda mempunyai hak untuk memilih sama ada anda ingin menerima kuki atau tidak dan kami telah menerangkan bagaimana anda boleh melaksanakan hak ini di bawah. Walau bagaimanapun, sila ambil perhatian bahawa sekiranya anda memilih untuk menolak kuki tertentu, anda mungkin tidak dapat menggunakan kefungsian Perkhidmatan tersebut dengan sepenuhnya.

Sebilangan besar peranti (dalam kes aplikasi-aplikasi mudah alih) dan pelayar-pelayar (dalam kes aplikasi-aplikasi dan halaman-halaman web) membolehkan anda mengubah tetapan kuki anda. Tetapan tersebut biasanya terdapat dalam menu “pilihan” atau “keutamaan” pelayar anda. Untuk memahami tetapan tersebut, pautan-pautan berikut mungkin berguna, jika tidak, anda harus menggunakan pilihan “Bantuan” dalam pelayar anda untuk maklumat yang lebih lanjut.

Apabila anda menggunakan Perkhidmatan kami buat kali pertama, kami akan memberi anda satu notis yang memberitahu anda bagaimana kami menggunakan kuki, mengapa kami menggunakan kuki tersebut dan bagaimana anda dapat mengubah kuki mana yang anda terima. Anda boleh memilih keluar kuki yang anda tidak bersetujui. Sila ambil perhatian bahawa sekiranya anda memilih untuk tidak menerima kuki kami, kami tidak dapat menjamin bahawa pengalaman anda dalam Perkhidmatan kami akan sebaik yang sepatutnya.

5. Perubahan-perubahan kepada Dasar Kuki ini

Kami akan mengemas kini Dasar Kuki ini untuk menunjukkan perubahan-perubahan dalam amalan-amalan dan perkhidmatan-perkhidmatan kami. Apabila kami membuat perubahan-perubahan kepada Dasar Kuki ini, kami akan mengubah tarikh “Kemas Kini Terakhir” di bahagian atas Dasar Kuki ini. Sekiranya kami membuat sebarang perubahan material dalam cara kami mengumpulkan, menggunakan, dan/atau berkongsi maklumat yang terkandung dalam kuki, kami akan memaklumkan anda melalui suatu siaran pemberitahuan yang menonjol mengenai perubahan tersebut semasa anda log masuk atau menggunakan Perkhidmatan tersebut. Kami mencadangkan agar anda menyemak halaman ini dari semasa ke semasa untuk memaklumkan diri anda mengenai sebarang perubahan kepada Dasar Kuki ini atau mana-mana dasar kami yang lain.

6. Perlukan maklumat yang lanjut?

Sekiranya anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai kuki dan penggunaannya di Internet, pautan berikut mungkin berguna untuk anda:

7. Kuki yang telah ditetapkan pada masa yang lalu

Sekiranya anda telah melumpuhkan satu atau lebih daripada satu kuki, kami mungkin masih menggunakan maklumat yang dikumpulkan dari kuki sebelum pilihan anda untuk melumpuhkan kuki tersebut ditetapkan, walau bagaimanapun, kami akan berhenti menggunakan kuki yang telah dilumpuhkan untuk mengumpulkan maklumat lebih lanjut.

8. Hubungi kami

Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan atau komen mengenai Dasar Kuki ini, atau perkara-perkara privasi secara umum, sila hubungi kami melalui e-mel di privacy@iflix.com.