>Dasar Privasi
Dasar Privasi2020-07-29T16:36:47+08:00

DASAR PRIVASI

Terima kasih kerana menggunakan iflix! Kami menghormati keprihatinan anda tentang privasi dan menghargai kepercayaan dan keyakinan anda terhadap kami.

Berikut merupakan ringkasan maklumat yang terkandung dalam dasar privasi ini (“Dasar Privasi”). Ringkasan ini bertujuan membantu anda merujuk bahagian-bahagian dasar privasi tersebut dan ringkasan tersebut bukan pengganti untuk pembacaan keseluruhan dasar! Anda boleh menggunakan hiperpautan-hiperpautan di bawah untuk melangkau terus ke bahagian-bahagian tertentu.

Apakah maklumat yang kami perlukan untuk menyediakan Perkhidmatan-perkhidmatan tersebut?

Sekiranya anda mendaftarkan suatu akaun untuk menggunakan Perkhidmatan tersebut kami akan memerlukan maklumat tertentu daripada anda untuk menetapkan akaun tersebut. Sekiranya anda memilih untuk menetapkan profil anda dengan akaun media sosial, seperti Facebook, kami juga mengumpul maklumat, termasuk maklumat hubungan, jantina dan tarikh lahir, dari akaun sosial media tersebut apabila anda menghubungkan akaun tersebut dengan iflix. Anda boleh memberikan maklumat-maklumat pilihan lain tertentu untuk menetapkan akaun anda dan/atau untuk mengaktifkan ciri-ciri Perkhidmatan tertentu. Sekiranya anda perlu berhubung dengan kami, kami juga akan menyimpan maklumat tertentu supaya kami dapat menghubungi anda semula dan mengendalikan sebarang urusan. Maklumat Lanjut.

Bagaimana kami menggunakan maklumat anda?

Kami menggunakan maklumat anda untuk menyediakan banyak fungsi dan perkhidmatan yang terkandung dalam Perkhidmatan tersebut. Kami juga menggunakan maklumat anda untuk pengesahan akaun, tujuan-tujuan keselamatan dan untuk menyokong dan memperbaiki Perkhidmatan tersebut.

Dengan siapakah kami berkongsi maklumat anda?

Kami tidak berkongsi maklumat anda dengan mana-mana pihak ketiga, kecuali jika kami perlu untuk menyediakan Perkhidmatan tersebut (contohnya, menggunakan pembekal-pembekal awan atau untuk membuat sandaran data anda; menggunakan sekutu-sekutu kami di seluruh dunia untuk membantu kami menyampaikan Perkhidmatan tersebut) atau memantau kejayaan program-program pemasaran dan pengiklanan kami, atau jika kami diarahkan oleh mahkamah atau pihak berkuasa, atau diwajibkan oleh undang-undang. Maklumat Lanjut.

Di manakah kami memproses maklumat anda?

Pelayan-pelayan kami terletak di Singapura. Pasukan-pasukan sokongan, kejuruteraan, dan selainnya kami ditempatkan di pejabat-pejabat kami di seluruh dunia (termasuk Hong Kong dan Republik Rakyat China)(bagi tujuan Dasar Privasi ini, terma ini mengecualikan Taiwan, Hong Kong dan Macau) (“PRC”). dan akan mempunyai akses kepada maklumat anda. Maklumat Lanjut.

Berapa lamakah kami menyimpan maklumat anda?

Secara umumnya, kami menyimpan maklumat anda sepanjang tempoh masa anda mengekalkan suatu akaun untuk Perkhidmatan tersebut, dan data anda akan dipadamkan selepas itu (seperti yang diterangkan lebih lanjut dalam Dasar Privasi ini), melainkan jika dikehendaki oleh undang-undang yang terpakai. Maklumat Lanjut.

Bagaimanakah saya boleh melaksanakan hak-hak saya terhadap maklumat saya?

Bergantung di mana anda bertempat, anda mungkin mempunyai hak-hak tertentu berkenaan dengan maklumat anda, seperti hak-hak untuk mengakses, untuk menerima sesalinan data anda, atau untuk memadam data anda atau untuk mengehadkan atau membantah pemprosesan data anda oleh kami. Maklumat Lanjut.

Cara untuk berhubung dengan kami

Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan mengenai apa-apa perkara dalam Dasar Privasi ini, atau ingin melaksanakan sebarang hak yang anda mungkin ada, sila hubungi kami di sini.

Bagaimanakah kami memaklumkan sebarang perubahan kepada anda?

Perubahan-perubahan kepada Dasar Privasi ini akan disiarkan di sini. Sila semak laman ini dengan kerap untuk semak sama ada terdapat sebarang kemas kini atau perubahan kepada Dasar Privasi ini. Maklumat Lanjut.

Maklumat Hubungan

Pengawal Data:

Image Future Malaysia Sdn. Bhd.

 

Selamat datang ke iflix!

Dasar Privasi ini menerangkan bila, bagaimana dan mengapa maklumat peribadi anda diproseskan berkaitan dengan iflix (“Perkhidmatan”), dan menyatakan pilihan-pilihan dan hak-hak anda berkaitan dengan maklumat tersebut. Sila baca dengan teliti – dasar privasi ini adalah penting untuk anda memahami bagaimana kami mengumpul dan menggunakan maklumat anda, dan bagaimana anda boleh mengawalnya.

Sekiranya anda tidak bersetuju dengan pemprosesan maklumat peribadi anda mengikut cara yang diterangkan dalam Dasar Privasi ini, jangan berikan maklumat anda apabila diminta dan hentikan penggunaan Perkhidmatan tersebut. Sekiranya anda menggunakan Perkhidmatan tersebut, anda menerima peraturan-peraturan kami mengenai maklumat peribadi anda seperti yang diterangkan dalam Dasar Privasi ini.

Dalam Dasar Privasi ini, “kami” merujuk kepada Image Future Malaysia Sdn. Bhd., sebuah syarikat Malaysia yang terletak di Level 19-1, Menara Milenium, Jalan Damanlela, Pusat Bandar Damansara, 50490 Kuala Lumpur W.P. Kuala Lumpur, Malaysia. Image Future Malaysia Sdn. Bhd. ialah ahli kumpulan korporat Tencent.

Sila hubungi kami sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau kebimbangan mengenai pemprosesan maklumat peribadi anda: anda boleh menghubungi kami pada bila-bila masa di privacy@iflix.com.

1. Jenis-jenis Maklumat Peribadi Yang Kami Gunakan

Bahagian ini menerangkan jenis-jenis maklumat peribadi yang kami kumpulkan daripada anda dan bagaimana kami mengumpul maklumat tersebut. Sekiranya anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai jenis-jenis data tertentu dan bagaimana kami menggunakan data tersebut, sila rujuk bahagian yang bertajuk “Bagaimana kami menggunakan maklumat peribadi anda“ di bawah.

Berikut ialah ringkasan umum tentang jenis-jenis maklumat peribadi yang kami gunakan:

  1. Maklumat yang anda berikan kepada kami (sama ada secara langsung atau melalui suatu pihak ketiga).
  • Maklumat pendaftaran akaun: Anda memberi kami maklumat mengenai anda apabila anda mencipta satu akaun untuk mendaftar untuk Perkhidmatan tersebut: nama, alamat e-mel, nombor telefon, gambar profil, jantina, tarikh lahir dan maklumat log masuk anda. Sekiranya anda memilih untuk mendaftar untuk Perkhidmatan tersebut menggunakan akaun Facebook anda, maklumat anda dari akaun media sosial anda, termasuk nama pengguna, gambar profil, jantina dan tarikh lahir anda.
  • Maklumat sokongan dan maklum balas pelanggan: Maklumat relevan yang anda berikan secara sukarela kepada kami apabila anda berkomunikasi dengan khidmat pelanggan kami, apabila anda memberi kami ulasan-ulasan atau maklum balas, tetapkan pilihan-pilihan pada halaman “Tetapan” (“Settings”) Perkhidmatan tersebut atau memberikan maklumat kepada kami melalui Perkhidmatan tersebut.
  • Maklumat tinjauan: Apabila anda mengambil bahagian dalam suatu tinjauan dalam Perkhidmatan tersebut atau promosi-promosi pemasaran (dalam hal ini kami akan memproses maklumat yang anda berikan kepada kami sebagai sebahagian dari tinjauan atau promosi pemasaran, termasuk alamat e-mel, tarikh lahir, jantina, dan maklumat dari akaun Facebook anda, termasuk nama pengguna, gambar profil, jantina dan tarikh lahir, sekiranya anda memilih untuk log masuk melalui akaun Facebook anda.
  1. Maklumat mengenai anda yang dihasilkan sebagai sebahagian daripada Perkhidmatan tersebut

Kami mengumpul data tertentu daripada anda secara automatik apabila anda menggunakan Perkhidmatan tersebut, seperti:

  • alamat IP anda, ‘Open ID’ dan maklumat peranti, termasuk ID peranti, peranti yang anda gunakan untuk mengakses Perkhidmatan tersebut (contohnya, komputer, sistem-sistem permainan, TV pintar, peranti-peranti mudah alih dan lain-lain) dan jenis dan konfigurasi peranti tersebut, maklumat sambungan;
  • maklumat mengenai penggunaan Perkhidmatan oleh anda, seperti statistik bilangan lawatan halaman, URL rujukan dan data iklan;
  • log pengguna dan maklumat log sesi (“running log”) (iaitu maklumat log mengenai semua tindakan yang anda lakukan semasa menggunakan Perkhidmatan tersebut);
  • setiap kali anda berinteraksi dengan kami, sebagai contoh, sekiranya anda menghubungi pasukan sokongan pelanggan kami, kami mengumpulkan maklumat termasuk nama, tarikh dan masa anda menghubungi sokongan pelanggan, transkrip-transkrip sembang dengan sokongan pelanggan, nombor telefon anda (sekiranya anda membuat panggilan telefon kepada kami), ‘Open ID’, ID peranti, versi aplikasi, tahap bateri, kekuatan WiFi, ruang kosong dalam peranti, versi iOS, platform, jenis rangkaian, pembawa, kod negara, dan butiran tiket dan ralat. Anda juga mempunyai pilihan untuk memberikan alamat e-mel dan foto untuk menggambarkan ralat tersebut;
  • sejarah carian anda dalam iflix, termasuk apakah kandungan yang anda pilih, apakah video yang anda tonton dan apakah video yang anda hampir tonton dalam iflix;
  • sekiranya anda mengklik pada suatu pautan yang mengiklankan Perkhidmatan tersebut, kami menyimpan ID pengiklanan untuk iklan tersebut dan data analitis pemasaran (contohnya, ID peranti, data keterlibatan dan terma-terma carian) dengan profil anda;
  • sekiranya anda memilih suatu langganan berbayar untuk Perkhidmatan tersebut, kami mengumpulkan maklumat transaksi untuk mempermudah langganan berbayar anda dan untuk mengekalkan rekod-rekod transaksi (‘Open ID’, kos, produk yang dibeli, alamat IP, butiran peranti dan, sekiranya transaksi tersebut adalah transaksi berasaskan web, alamat e-mel anda); dan
  • semasa anda menggunakan Perkhidmatan tersebut, ciri keselamatan kami mengumpulkan (selain daripada kategori-kategori data yang disenaraikan di atas) maklumat peranti termasuk senarai perisian penggodaman yang dipasang, jenama dan model peralatan, ruang yang tersedia dalam peranti, dan maklumat mengenai sambungan internet anda termasuk jenisnya (WiFi/4G/3G).

Kami tidak mengumpulkan butiran kad kredit anda (nama, nombor kad kredit, tarikh luput dan alamat bil), yang akan dikumpulkan oleh pemproses pembayaran pihak ketiga (sebagai contoh, sekiranya anda memilih untuk melanggan melalui pembelian dalam aplikasi).

Kuki

Kami menggunakan kuki dan teknologi-teknologi lain yang serupa (contohnya, suar web, fail log, skrip dan ‘eTags’) (“Kuki“) untuk mempertingkatkan pengalaman anda apabila anda menggunakan Perkhidmatan tersebut. Kuki adalah fail-fail kecil yang, apabila ditempatkan dalam peranti anda, membolehkan kami menyediakan ciri-ciri dan kefungsian-kefungsian tertentu.

Untuk maklumat lanjut tentang dasar Kuki, sila klik di sini.

Kanak-kanak

Kanak-kanak tidak boleh menggunakan Perkhidmatan tersebut untuk sebarang tujuan, kecuali jika ibu bapa atau penjaga mereka telah memberikan persetujuan (setakat mana pilihan ini tersedia dalam bidang kuasa anda).

Kanak-kanak bermaksud pengguna-pengguna di bawah umur 18 tahun; atau dalam kes negara di mana usia minimum untuk memproses maklumat peribadi berbeza, usia yang berbeza tersebut. Untuk pengguna-pengguna yang bertempat di negara-negara yang tertentu, kami telah menyenaraikan umur minimum yang relevan dalam jadual di bawah.

Negara di mana pengguna bertempatUmur minimum pengguna
Indonesia21
Malaysia18
Filipina18
Singapura18
Negara Thai20
Vietnam16

 

Sekiranya anda percaya bahawa kami mempunyai maklumat peribadi seseorang kanak-kanak di bawah umur-umur tersebut tanpa persetujuan ibu bapa/penjaga, atau sekiranya anda ialah ibu bapa atau penjaga pengguna tersebut dan ingin menarik balik persetujuan tersebut, sila hubungi kami di privacy@iflix.com dan kami akan memadamkan maklumat tersebut.

2. Bagaimana Kami Menggunakan Maklumat Anda

Bahagian ini menghuraikan secara terperinci tentang jenis-jenis maklumat peribadi yang kami kumpulkan daripada anda, dan tujuan-tujuan pengumpulan.

Maklumat PeribadiTujuan Penggunaan
Sekiranya anda memilih untuk mendaftar dengan mencipta satu akaun baru: nama, alamat e-mel, nombor telefon, gambar profil, jantina, tarikh lahir dan maklumat log masukKami menggunakan maklumat ini untuk mencipta akaun anda untuk Perkhidmatan tersebut menurut permintaan anda dan untuk pengesahan akaun dan pemeriksaan keselamatan. Kami juga menggunakan nama dan gambar profil anda apabila anda memilih untuk memuat naik video pada iflix.
Sekiranya anda memilih untuk log masuk melalui akaun Facebook anda: maklumat dari akaun Facebook anda, termasuk nama pengguna, gambar profil, jantina dan tarikh lahirKami menggunakan maklumat ini untuk mencipta akaun anda untuk Perkhidmatan tersebut menurut permintaan anda.
Maklumat sokongan dan maklum balas pelanggan: Maklumat relevan yang anda berikan secara sukarela kepada kami apabila anda berkomunikasi dengan khidmat pelanggan kami, apabila anda memberi kami ulasan-ulasan atau maklum balas, tetapkan pilihan-pilihan pada halaman “Tetapan” (“Settings”) Perkhidmatan tersebut atau berikan maklumat kepada kami melalui PerkhidmatanKami menggunakan maklumat ini untuk menyediakan:

•      penyelesaian masalah, seperti menangani dan memulihkan masalah-masalah teknikal dan pepijat; dan/atau

•      perkhidmatan-perkhidmatan sokongan pelanggan kepada anda.

Maklumat tinjauan: Maklumat yang anda berikan kepada kami sebagai sebahagian daripada tinjauan atau promosi pemasaranSekiranya anda bersetuju untuk menyertai suatu tinjauan atau promosi pemasaran yang dijalankan oleh kami, kami menggunakan maklumat ini untuk memperbaiki perkhidmatan-perkhidmatan kami.
Open IDKami menggunakan maklumat ini untuk menyimpan data Perkhidmatan anda dengan akaun anda.
Alamat IPKami menggunakan maklumat ini untuk membolehkan anda menyambung ke pelayan kami.
Maklumat Peranti: ID peranti, peranti yang anda gunakan untuk mengakses Perkhidmatan tersebut (contohnya, komputer, sistem-sistem permainan, TV pintar, peranti-peranti mudah alih dan lain-lain) dan jenis dan konfigurasi peranti tersebut, maklumat sambunganKami menggunakan maklumat ini:

•      untuk memperbaiki perkhidmatan-perkhidmatan kami, termasuk kefungsian Perkhidmatan tersebut;

•      untuk tujuan-tujuan keselamatan dan pengesahan;

•      untuk mengenal pasti dan mengatasi pepijat-pepijat dan menilai fungsi permainan untuk pengoptimuman.

Maklumat mengenai penggunaan Perkhidmatan oleh anda, seperti statistik bilangan lawatan halaman, URL rujukan dan data iklanKami menggunakan maklumat ini untuk:

•      memperbaiki ketepatan paparan iklan dan penyampaian perkhidmatan;

•      membolehkan pemilihan kandungan yang lebih baik untuk anda; dan

•      melatih algoritma kami untuk cadangan kandungan untuk memastikan anda melihat kandungan yang mungkin menarik minat anda.

Log pengguna dan maklumat log sesi (‘running log’): maklumat log mengenai semua tindakan yang anda lakukan semasa menggunakan Perkhidmatan tersebutKami menggunakan maklumat ini untuk:

•      mengesahkan status langganan anda;

•      mengemas kini sejarah tontonan akaun yang sama merentasi berbilang platform;

•      memberi anda cadangan yang diperibadikan mengenai Perkhidmatan;

•      memperbaiki ketepatan paparan iklan dan penyampaian perkhidmatan; dan

•      melatih algoritma kami untuk menyediakan cadangan kandungan bagi memastikan anda melihat kandungan yang mungkin menarik minat anda.

Maklumat log sokongan pelanggan: nama, tarikh dan masa menghubungi sokongan pelanggan, transkrip-transkrip sembang dengan sokongan pelanggan, nombor telefon anda (sekiranya anda menghubungi kami), ‘Open ID’, ID peranti, versi aplikasi, tahap bateri, kekuatan WiFi, ruang kosong dalam peranti , versi iOS, platform, jenis rangkaian, pembawa, kod negara, dan butiran tiket dan ralat, serta alamat e-mel dan gambar (sekiranya anda memberikannya kepada kami untuk menggambarkan ralat tersebut).Kami menggunakan maklumat ini untuk:

•      menyediakan penyelesaian masalah, seperti menangani dan memulihkan masalah-masalah teknikal dan pepijat; dan

•      menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan sokongan pelanggan untuk anda.

Maklumat carian: sejarah carian anda dalam iflix, termasuk apakah kandungan yang anda pilih, apakah video yang anda tonton dan apakah video yang anda hampir tonton di iflixKami menggunakan maklumat ini untuk memperbaiki Perkhidmatan kami, termasuk kefungsian Perkhidmatan tersebut.
ID pengiklanan dan data analitis pemasaran (contohnya, ID peranti, data keterlibatan dan terma-terma carian)Sekiranya anda mengklik suatu pautan atau berinteraksi dengan kandungan yang mengiklankan Perkhidmatan tersebut, kami menyimpan ID pengiklanan untuk iklan tersebut dan data analisis pemasaran tertentu dengan profil anda.
Rekod-rekod Transaksi: (‘Open ID’, kos, produk yang dibeli, alamat IP, maklumat peranti, alamat e-mel (sekiranya transaksi berasaskan web))Kami menggunakan maklumat ini untuk memudahkan langganan berbayar anda dan mengekalkan suatu rekod sejarah transaksi anda.
Maklumat Berkaitan Keselamatan: senarai perisian penggodaman atau penipuan, tetapan sistem operasi peranti, maklumat peranti termasuk jenama telefon bimbit, model, struktur CPU, model CPU, versi kernel, resolusi.Kami menggunakan maklumat ini untuk:

•      menyediakan persekitaran yang adil;

·       menyelesaikan keranapan-keranapan dan mengoptimumkan keserasian.

3. Bagaimana Kami Menyimpan dan Berkongsi Maklumat Peribadi Anda

Kumpulan Tencent beroperasi di seluruh dunia. Selaras dengan kontrak kami dengan anda untuk menyediakan Perkhidmatan tersebut untuk anda, maklumat peribadi anda akan diproses dalam pelayan-pelayan yang mungkin tidak terletak di tempat anda menetap. Tidak kira di mana pelayan-pelayan kami ditempatkan, kami mengambil langkah-langkah sewajarnya untuk melindungi hak-hak anda menurut Dasar Privasi ini. Pelayan-pelayan kami untuk Perkhidmatan tersebut terletak di Singapura.

Selain itu, pasukan-pasukan sokongan, kejuruteraan, dan selainnya kami ditempatkan di pejabat-pejabat kami di seluruh dunia (termasuk Hong Kong dan PRC) dan akan mempunyai akses kepada maklumat anda.

Hanya jika perlu kami akan berkongsi maklumat peribadi anda dengan pihak-pihak ketiga. Situasi-situasi perkongsian maklumat ini berlaku adalah:

  • Pihak-pihak ketiga yang menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan untuk menyokong Perkhidmatan tersebut, termasuk (i) staf sokongan iflix yang membantu menyediakan Perkhidmatan tersebut kepada anda; (ii) rakan-rakan pemasaran kami yang mungkin menawarkan promosi-promosi pemasaran kepada anda semasa anda menggunakan Perkhidmatan tersebut; (iii) pembekal-pembekal perkhidmatan yang membantu menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan pemasaran, pengiklanan, komunikasi, pemesejan, infrastruktur dan IT, untuk memperibadikan dan mengoptimumkan Perkhidmatan tersebut, untuk memberikan sokongan pelanggan dan untuk menjalankan tinjauan-tinjauan pelanggan; (iv) Apple Pay dan Google Pay, pemproses-pemproses pembayaran kami untuk tujuan-tujuan memproses pembayaran dan untuk memproses dan mengehadkan penipuan sehubungan dengan kaedah pembayaran anda; dan (v) AWS, pembekal perkhidmatan awan, untuk tujuan menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan platform, penyimpanan awan, transkoding video dan penstriman video untuk kami untuk menyokong Perkhidmatan tersebut. Semua syarikat yang menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan untuk kami dilarang menyimpan, menggunakan, atau mendedahkan maklumat peribadi anda untuk tujuan-tujuan lain selain daripada penyediaan perkhidmatan-perkhidmatan mereka untuk kami.
  • Syarikat-syarikat dalam kumpulan korporat Tencent yang memproses maklumat peribadi anda untuk mengendalikan Perkhidmatan tersebut. Semua syarikat kumpulan yang berkaitan hanya boleh menggunakan maklumat peribadi anda menurut Dasar Privasi ini.
  • Pengawal selia-pengawal selia, badan-badan kehakiman, agensi-agensi penguatkuasa undang-undang dan pihak-pihak ketiga yang lain untuk keselamatan, atau untuk pematuhan undang-undang. Terdapat keadaan-keadaan yang kami diwajibkan di sisi undang-undang untuk mendedahkan maklumat berkenaan dengan anda kepada pihak-pihak berkuasa, seperti untuk mematuhi suatu kewajipan atau proses-proses undang-undang, menguatkuasakan terma-terma kami, menangani masalah-masalah yang berkaitan dengan keselamatan atau penipuan, atau melindungi pengguna-pengguna kami. Pendedahan-pendedahan tersebut mungkin dibuat dengan atau tanpa persetujuan anda, dan dengan atau tanpa notis, untuk mematuhi terma-terma proses undang-undang yang sah seperti sepina, perintah mahkamah, atau waran geledah. Pada umumnya, kami dilarang memberitahu anda mengenai sebarang pendedahan sedemikian oleh terma-terma proses undang-undang. Kami mungkin meminta persetujuan anda untuk mendedahkan maklumat sebagai tindak balas kepada permintaan mana-mana entiti kerajaan apabila entiti kerajaan tersebut belum memberikan sepina, perintah mahkamah, atau waran geledah yang diperlukan. Kami juga mungkin mendedahkan maklumat anda untuk:
    • menguatkuasakan terma-terma dan syarat-syarat kami dan perjanjian-perjanjian lain, termasuk penyiasatan sebarang pelanggaran terma-terma dan syarat-syarat tersebut;
    • mengesan, mengelakkan, atau selainnya menangani isu-isu keselamatan, penipuan, atau teknikal; atau
    • memelihara hak-hak, harta, atau keselamatan kami, pengguna-pengguna kami, mana-mana pihak ketiga, atau orang awam sepertimana yang dikehendaki atau dibenarkan oleh undang-undang (pertukaran maklumat dengan syarikat-syarikat dan organisasi-organisasi lain untuk tujuan-tujuan perlindungan daripada penipuan dan pengurangan risiko kredit).
  • Suatu pihak ketiga yang mengambil alih kesemua atau sebahagian besar syarikat kami atau perniagaan kami. Kami juga mungkin mendedahkan maklumat anda kepada pihak-pihak ketiga sekiranya kami: (a) menjual, memindah, bergabung, menyatukan atau menyusun semula mana-mana bahagian perniagaan kami, atau bergabung dengan, memperoleh atau memasuki perkongsian dengan, mana-mana perniagaan yang lain, dan dalam keadaan tersebut kami mungkin mendedahkan maklumat anda kepada mana-mana bakal pembeli perniagaan, pemilik baru, atau pihak ketiga lain yang terlibat dalam perubahan perniagaan kami; atau (b) menjual atau memindah mana-mana aset kami, dan dalam keadaan tersebut maklumat yang kami pegang tentang anda mungkin dijual sebagai sebahagian daripada aset-aset tersebut dan mungkin dipindahkan kepada mana-mana bakal pembeli perniagaan, pemilik baru, atau pihak ketiga lain yang terlibat dalam penjualan atau pemindahan perniagaan tersebut.

Keselamatan Maklumat Peribadi Anda

Kami komited untuk mengekalkan privasi dan integriti maklumat peribadi anda tidak kira di mana maklumat tersebut disimpan. Kami mempunyai dasar-dasar keselamatan maklumat dan akses yang mengehadkan akses kepada sistem-sistem dan teknologi kami, dan kami melindungi data dengan menggunakan langkah-langkah perlindungan teknologi seperti penyulitan.

Malangnya, penyampaian maklumat melalui Internet tidak selamat sepenuhnya. Walaupun kami akan melaksanakan dan mengekalkan langkah-langkah yang munasabah untuk melindungi maklumat peribadi anda, kami tidak dapat menjamin keselamatan maklumat yang disampaikan ke perkhidmatan-perkhidmatan kami; oleh yang demikian, kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang penyampaian maklumat anda yang anda laksanakan atas risiko anda sendiri.

4. Penyimpanan Data

Kami tidak menyimpan data anda lebih lama daripada yang diperlukan melainkan kami dikehendaki di bawah undang-undang untuk melakukan demikian. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai berapa lama kami menyimpan data anda, sila rujuk jangka masa yang dinyatakan di bawah.

Maklumat PeribadiDasar Penyimpanan
Maklumat pendaftaran akaun

Maklumat sokongan dan maklum balas pelanggan

Maklumat tinjauan

Alamat IP, ‘Open ID’ dan maklumat peranti

Maklumat mengenai penggunaan Perkhidmatan oleh anda (contohnya, statistik)

Log pengguna dan maklumat log sesi (‘running log’)

Maklumat log sokongan pelanggan

Maklumat sejarah carian

ID pengiklanan dan data analisis pemasaran

Rekod-rekod transaksi

Maklumat Berkaitan Keselamatan

Disimpan sepanjang penggunaan iflix oleh anda.
KukiDisimpan menurut dasar Kuki.

 

 

Sekiranya kami dikehendaki untuk menyimpan maklumat anda melebihi tempoh penyimpanan yang dinyatakan di atas, contohnya untuk mematuhi undang-undang yang terpakai, kami akan menyimpan maklumat tersebut secara berasingan daripada jenis-jenis maklumat peribadi yang lain.

5. Hak-hak Anda

Sesetengah undang-undang bidang kuasa memberikan hak-hak khusus kepada pengguna-pengguna Perkhidmatan tersebut, yang dinyatakan dalam bahagian ini.

Anda mempunyai hak-hak tertentu berkaitan dengan maklumat peribadi anda yang kami pegang, bergantung pada tempat anda berada. Sebilangan hak ini hanya terpakai dalam keadaan-keadaan tertentu. Untuk melaksanakan mana-mana hak anda, sila hubungi kami di privacy@iflix.com.

Pengumuman-pengumuman

Kami mungkin menghantar pengumuman-pengumuman kepada anda dari semasa ke semasa apabila kami menganggapnya perlu untuk berbuat demikian (contohnya, apabila kami menghentikan akses Perkhidmatan tersebut untuk sementara waktu bagi tujuan penyelenggaraan, atau komunikasi-komunikasi yang berkaitan dengan keselamatan, privasi atau pentadbiran). Anda tidak boleh memilih untuk tidak menerima pengumuman-pengumuman yang berkaitan dengan perkhidmatan ini, yang tidak bersifat promosi.

Pengiklanan

Anda boleh memilih untuk berhenti menerima iklan atau promosi-promosi pemasaran yang diperibadikan dari kami semasa menggunakan Perkhidmatan tersebut dengan mengklik di sini, mengikuti arahan-arahan memilih keluar yang disertakan dalam bahagian Tetapan (‘Settings’) iflix atau anda boleh menghubungi kami di privacy@iflix.com.

6. Hubungan & Aduan

Soalan-soalan, komen-komen dan permintaan-permintaan berhubung dengan Dasar Privasi ini dialu-alukan dan harus ditujukan ke privacy@iflix.com.

Sekiranya anda ingin membuat suatu aduan tentang bagaimana kami memproses maklumat peribadi anda, sila hubungi kami pada mula-mulanya di privacy@iflix.com dan kami akan cuba mengendalikan permintaan anda secepat mungkin. Aduan ini tidak akan menjejaskan sebarang hak yang anda mungkin ada untuk membuat tuntutan dengan pihak berkuasa perlindungan data di negara yang anda menetap atau bekerja jika anda berpendapat bahawa kami telah melanggar undang-undang perlindungan data.

7. Perubahan-perubahan

Sekiranya kami membuat sebarang perubahan kepada Dasar Privasi ini, kami akan menyiarkan dasar yang telah dikemas kini di sini. Sila semak laman ini dengan kerap untuk menyemak sama ada terdapat sebarang kemas kini atau perubahan kepada Dasar Privasi ini.

 

TERMA-TERMA TAMBAHAN – KHUSUS UNTUK BIDANG KUASA RELEVAN

Undang-undang bidang kuasa-bidang kuasa tertentu mengandungi terma-terma tambahan untuk pengguna-pengguna Perkhidmatan ini, yang dinyatakan dalam bahagian ini.

Sekiranya anda adalah seorang pengguna yang bertempat di mana-mana bidang kuasa yang disenaraikan di bawah, terma-terma yang dinyatakan di bawah nama bidang kuasa anda akan terpakai kepada anda sebagai tambahan kepada terma-terma yang dinyatakan dalam Dasar Privasi kami di atas.

Bangladesh

Persetujuan

Dengan menerima Dasar Privasi ini, anda secara jelas menyatakan bahawa anda membenarkan kami mengumpul, mengguna, menyimpan, dan memproses data peribadi anda, termasuk, mendedahkan data peribadi anda kepada pihak-pihak ketiga, setakat yang dinyatakan dalam Dasar Privasi ini. Dengan mengklik “terima”, anda bersetuju bahawa maklumat anda boleh dipindah merentasi sempadan ke mana-mana negara yang kami mempunyai pangkalan-pangkalan data atau sekutu-sekutu dan, khususnya, ke PRC.

Sekatan Umur

Untuk menggunakan Perkhidmatan tersebut, anda menyatakan bahawa anda berumur sekurang-kurangnya berumur 18 tahun dan, oleh yang demikian, berupaya secara sah memasuki kontrak-kontrak yang mengikat.

Indonesia

Persetujuan

Dengan menerima dan bersetuju kepada Dasar Privasi ini, anda bersetuju bahawa kami boleh mengumpul, menggunakan, dan berkongsi maklumat peribadi anda mengikut Dasar Privasi ini, seperti yang disemak dari semasa ke semasa. Sekiranya anda tidak bersetuju dengan Dasar Privasi ini, anda tidak boleh mengakses atau menggunakan perkhidmatan-perkhidmatan kami dan kami berhak untuk tidak menyediakan akses kepada perkhidmatan-perkhidmatan kami untuk anda.

Keizinan Ibu bapa dan Penjaga

Sekiranya anda berumur di bawah 21 tahun, anda memberi aku janji bahawa anda telah mendapat keizinan ibu bapa atau penjaga sah anda untuk mendaftar suatu akaun dalam dan menggunakan Perkhidmatan tersebut.

Hak-hak Subjek Data

Anda berhak untuk mengakses maklumat peribadi anda yang disimpan dalam Perkhidmatan kami dari semasa ke semasa menurut undang-undang dan peraturan-peraturan privasi data yang terpakai di Indonesia.

Pelanggaran Data

Sekiranya kami gagal untuk mengekalkan kerahsiaan maklumat peribadi anda dalam Perkhidmatan tersebut, kami akan memaklumkan anda melalui maklumat hubungan yang anda berikan atau melalui Perkhidmatan tersebut, setakat yang diperlukan oleh undang-undang dan peraturan-peraturan tempatan, selewat-lewatnya 14 hari selepas kami mengaku pelanggaran kerahsiaan tersebut. 

Penyimpanan Data

Meskipun peruntukan tentang pemadaman maklumat peribadi tersebut, setakat yang dikehendaki oleh undang-undang dan peraturan-peraturan tempatan, kami akan menyimpan maklumat peribadi anda, untuk suatu jangka masa yang paling lewatnya 5 tahun.

Pemberitahuan tentang Pemindaan Dasar Privasi ini

Sekiranya kami meminda Dasar Privasi ini, kami akan menyediakan suatu pemberitahuan kepada anda tentang tarikh kuatkuasa perubahan-perubahan tersebut sekurang-kurangnya empat belas (14) hari sebelum tarikh kuatkuasa, melalui (i) satu notis yang akan disiarkan pada halaman utama laman web kami, pemberitahuan timbul (‘pop-up notification’), atau paparan semasa muatan (‘splash screen’) aplikasi mudah alih kami atau (ii) maklumat hubungan yang anda berikan kepada kami. Sekiranya anda gagal membantah secara nyata tentang dasar privasi yang dipinda dalam tempoh pemberitahuan awal di atas, anda akan dianggap sebagai telah menerima perubahan-perubahan tersebut dan bersetuju dengan dasar privasi baru tersebut. Walau bagaimanapun, anda boleh berhenti menggunakan atau mengakses Perkhidmatan kami dengan menarik diri langganan (‘unsubscribe’) atau menghentikan penggunaan Perkhidmatan pada bila-bila masa, sekiranya anda tidak lagi bersetuju dengan dasar privasi yang dipinda.

Ketepatan Maklumat dan Persetujuan Pihak Ketiga

Anda bertanggungjawab untuk memastikan bahawa apa-apa maklumat peribadi yang anda berikan kepada kami adalah tepat dan terkini. Untuk memastikan ketepatan maklumat tersebut, kami juga mungkin mengesahkan maklumat yang diberikan kepada kami, pada bila-bila masa. Anda dengan ini mewakili bahawa anda telah memperoleh semua persetujuan yang diperlukan sebelum memberikan maklumat peribadi orang lain kepada kami (contohnya, untuk promosi-promosi rujukan), dan dalam keadaan tersebut kami akan selalu menganggap bahawa anda telah mendapatkan persetujuan terlebih dahulu, oleh yang demikian, anda akan bertanggungjawab terhadap apa-apa tuntutan yang dibuat oleh mana-mana pihak akibat ketiadaan persetujuan sedemikian.

Malaysia

Bahasa Dasar Privasi ini

Sekiranya terdapat sebarang percanggahan atau ketidakselarasan antara versi Bahasa Inggeris dengan versi Bahasa Melayu, versi Bahasa Inggeris akan mengatasi versi-versi lain dan diguna pakai.

Keizinan Ibu bapa dan Penjaga

Sekiranya anda berumur di bawah 18 tahun, jangan gunakan Perkhidmatan tersebut.

Sekiranya anda bersetuju kepada Dasar Privasi ini untuk membolehkan orang bawah umur mengakses dan menggunakan Perkhidmatan tersebut, anda dengan ini bersetuju maklumat peribadi orang bawah umur tersebut diberi untuk diproses menurut Dasar Privasi ini dan anda secara peribadi menerima dan bersetuju untuk diikat oleh terma-terma Dasar Privasi ini. Selanjutnya, anda dengan ini bersetuju untuk menanggung tanggungjawab terhadap tindakan orang bawah umur sedemikian serta pematuhan orang bawah umur tersebut terhadap Dasar Privasi ini.

Hak-hak Subjek Data

Hak untuk mengakses: Anda berhak meminta akses kepada, dan mendapatkan sesalinan, maklumat peribadi anda yang telah kami kumpulkan dan yang kami sedang proses atau diproses bagi pihak kami. Kami berhak mengenakan suatu yuran untuk memberi akses kepada maklumat peribadi anda sebanyak jumlah yang dibenarkan di bawah undang-undang.

Semasa mengendalikan suatu permintaan untuk mengakses data, kami dibenarkan meminta maklumat tertentu untuk mengesahkan identiti pemohon bagi memastikan pemohon tersebut berhak di bawah undang-undang untuk membuat permohonan akses kepada data.

Hak untuk pembetulan: Anda boleh meminta pembetulan maklumat peribadi anda. Semasa mengendalikan suatu permintaan pembetulan data, kami dibenarkan meminta maklumat tertentu untuk mengesahkan identiti pemohon bagi memastikan pemohon tersebut berhak di bawah undang-undang untuk membuat permohonan pembetulan data.

Hak untuk mengehadkan pemprosesan maklumat peribadi anda: Anda boleh meminta pengehadan pemprosesan maklumat peribadi anda dengan menggunakan butiran hubungan yang dinyatakan di atas. Namun demikian, ini mungkin menjejaskan penyediaan Perkhidmatan tersebut oleh kami untuk anda.

Hubungan

Untuk melindungi maklumat peribadi anda dan menangani aduan-aduan yang berkaitan dengan maklumat peribadi anda, kami telah melantik jabatan berikut yang bertanggungjawab untuk mengurus dan melindungi maklumat peribadi anda:

  • Pegawai perlindungan data kami, yang bertanggungjawab terhadap pengurusan dan keselamatan maklumat peribadi anda
  • E-mel: privacy@iflix.com

Filipina

Umur Minimum

Anda berumur sekurang-kurangnya 18 tahun untuk menggunakan Perkhidmatan ini.

Perubahan-perubahan

Kami tidak akan melaksanakan sebarang perubahan yang material kepada cara kami memproses maklumat peribadi anda, seperti yang dijelaskan dalam Dasar Privasi ini, melainkan kami telah memberitahu anda dan telah mendapatkan persetujuan anda untuk perubahan material tersebut.

Hak-hak Anda

Anda juga mempunyai hak-hak yang berikut:

  • Hak untuk membantah. Anda mempunyai hak untuk membantah pemprosesan maklumat peribadi anda. Apabila anda membantah atau enggan memberikan persetujuan, kami akan berhenti memproses data peribadi anda, melainkan data peribadi tersebut diperlukan menurut suatu sepina; pengumpulan dan pemprosesan adalah untuk tujuan-tujuan yang jelas, termasuk, apabila diperlukan untuk pelaksanaan kontrak atau berkaitan dengan kontrak atau perkhidmatan yang anda telah terikat dengan; atau maklumat peribadi anda dikumpulkan dan diproses menurut suatu kewajipan undang-undang.
  • Hak untuk mengakses. Anda mempunyai hak untuk mendapat akses munasabah kepada maklumat yang berikut apabila anda memintanya:
    • kandungan maklumat peribadi anda yang diproses;
    • sumber-sumber dari mana maklumat peribadi anda diperoleh;
    • nama dan alamat penerima-penerima maklumat peribadi anda;
    • cara data tersebut diproses;
    • sebab-sebab pendedahan data peribadi kepada penerima-penerima, sekiranya ada;
    • maklumat mengenai proses-proses automatik jika data akan, atau berkemungkinan, dijadikan sebagai satu-satunya dasar bagi mana-mana keputusan yang mempengaruhi atau akan mempengaruhi subjek data dengan ketara;
    • tarikh terakhir maklumat peribadi mengenai subjek data tersebut diakses dan diubah; dan
    • jawatan, nama atau identiti, dan alamat pengawal maklumat peribadi.
  • Hak untuk pembetulan. Anda mempunyai hak untuk mempertikaikan ketidaktepatan atau kesilapan dalam maklumat peribadi dan meminta kami membetulkannya dengan segera dan sewajarnya, melainkan permintaan itu menyusahkan atau selainnya tidak munasabah. Sekiranya maklumat peribadi telah dibetulkan, kami akan memastikan ketersampaian kedua-dua maklumat baru dan maklumat yang telah ditarik balik serta penerimaan serentak maklumat baru dan maklumat yang telah ditarik balik oleh penerima yang berkenaan. Syaratnya, penerima-penerima atau pihak-pihak ketiga yang telah menerima data peribadi yang diproses sebelum itu akan dimaklumkan mengenai ketidaktepatannya dan pembetulannya, apabila kami menerima permintaan anda yang munasabah.
  • Hak untuk memadam atau menyekat. Anda berhak untuk menangguhkan, menarik balik atau mengarahkan penyekatan, pengalihan atau penghapusan maklumat peribadi anda dalam sistem pemfailan kami.

Hak ini boleh dilaksanakan setelah anda mengetahui dan mempunyai bukti kukuh mengenai salah satu daripada perkara berikut:

  • data peribadi anda tidak lengkap, lapuk, palsu, atau diperoleh secara tidak sah;
  • data peribadi anda digunakan untuk tujuan yang tidak dibenarkan oleh anda;
  • data peribadi anda tidak lagi diperlukan untuk tujuan-tujuan yang dikumpulkan;
  • anda menarik balik persetujuan atau membantah terhadap pemprosesan tersebut, dan tidak terdapat alasan undang-undang yang lain atau kepentingan sah yang mengatasi untuk pemprosesan tersebut;
  • data peribadi anda merangkumi maklumat peribadi yang memudaratkan anda, kecuali dibenarkan oleh kebebasan bercakap, kebebasan bersuara, atau kebebasan akhbar atau selainnya dibenarkan;
  • pemprosesan tersebut tidak sah;
  • kami telah melanggar hak-hak anda.

Persetujuan

Dengan menandakan kotak yang sewajarnya, anda bersetuju bahawa kami boleh:

  • mengumpul dan memproses maklumat peribadi anda yang terdiri daripada nama panggilan, maklumat media sosial, jantina, lokasi wilayah, lokasi masa nyata, senarai rakan-rakan, ‘Open ID’ yang dihasilkan; statistik permainan, alamat IP, ID dan maklumat peranti, ID pengiklanan, data sembang, rekod-rekod transaksi dan pembayaran dalam Google Play atau iOS App Store; ID tiket sokongan pelanggan dan komunikasi-komunikasi pengguna dengan Sokongan; maklumat berkaitan keselamatan, maklumat tinjauan, maklumat laporan acara berkongsi, maklumat berkaitan pemberitahuan tolak (‘push notification’) anda, seperti yang dijelaskan dalam Dasar Privasi ini dan untuk tujuan-tujuan yang dinyatakan di sini;
  • berkongsi maklumat peribadi anda dengan pihak-pihak ketiga, syarikat-syarikat dalam kumpulan Tencent, dan suatu pihak ketiga yang mengambil alih kesemua atau sebahagian besar syarikat kami atau perniagaan kami, seperti yang dijelaskan dalam Dasar Privasi ini dan untuk tujuan-tujuan yang dinyatakan di sini; dan
  • memindah atau menyimpan maklumat peribadi anda di destinasi-destinasi di luar Filipina apabila pemprosesan tersebut perlu dilaksanakan di luar Filipina, seperti dalam pelayan-pelayan yang terletak di PRC.

Kami juga akan mendapatkan persetujuan anda setiap kali kami mengemas kini atau mengubah maklumat dalam Dasar Privasi ini yang penting bagi persetujuan anda di atas.

Singapura

Dengan mengklik “terima”, anda bersetuju bahawa maklumat anda boleh dipindah merentasi sempadan ke mana-mana negara yang kami mempunyai pangkalan-pangkalan data atau sekutu-sekutu dan, khususnya, ke PRC.

Pegawai perlindungan data kami yang dilantik bagi tujuan-tujuan pematuhan Akta Perlindungan Data Peribadi 2012 boleh dihubungi di privacy@iflix.com.

Negara Thai

Dengan mengklik “terima“, anda mengaku bahawa anda telah membaca, memahami, dan bersetuju dengan Dasar Privasi ini. Sekiranya anda tidak bersetuju dengan Dasar Privasi ini, anda tidak harus menggunakan Perkhidmatan tersebut.

Anda boleh meminta kami menghentikan atau mengehadkan penggunaan atau peruntukan dan/atau meminta kemudahalihan data bagi sebarang dan semua maklumat peribadi anda yang kami simpan, setakat yang dinyatakan dalam Akta tentang undang-undang dan peraturan-peraturan privasi data yang terpakai di Thailand, termasuk Akta Perlindungan Data Peribadi Thailand. Sekiranya anda ingin membuat permintaan sebegitu, sila hubungi kami di privacy@iflix.com.

Kami akan memberi anda notis melalui e-mel berkenaan sebarang perubahan kepada Dasar Privasi ini, dan anda akan diberi peluang untuk menolak perubahan sedemikian. Sekiranya anda tidak menolak perubahan-perubahan tersebut, perubahan-perubahan tersebut akan berkuatkuasa sepertimana yang dinyatakan dalam notis tersebut.

Vietnam

Dengan menerima dasar privasi ini, anda secara nyata bersetuju dan memberi kuasa kepada kami untuk mengumpul, menggunakan, menyimpan, dan memproses maklumat peribadi anda, termasuk mendedahkan dan memindahkannya secara sah kepada pihak-pihak ketiga, seperti yang dijelaskan dalam Dasar Privasi ini.

Kami mengekalkan standard-standard dan amalan-amalan keselamatan antarabangsa untuk perlindungan data. Apabila maklumat peribadi anda dipindahkan di dalam atau di luar bidang kuasa di mana anda bertempat, maklumat peribadi tersebut akan tertakluk kepada tahap amalan keselamatan dan perlindungan data yang sama dengan, atau lebih tinggi daripada yang kami patuhi oleh entiti penerima.

Apabila kami membenarkan mana-mana pihak ketiga untuk mengumpul dan menggunakan maklumat peribadi anda, kami akan mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk memastikan bahawa pihak-pihak ketiga tidak mendedahkan maklumat peribadi anda selanjutnya.

Maklumat peribadi anda, sekiranya perlu didedahkan kepada agensi-agensi penguatkuasa undang-undang, pihak-pihak berkuasa awam, atau badan-badan dan organisasi-organisasi kehakiman yang lain, akan didedahkan apabila permintaan bertulis daripada organisasi-organisasi sedemikian diterima.

 

Hak-hak Anda

Anda berhak untuk mengakses, membetulkan, dan memadamkan maklumat peribadi tentang anda yang kami pegang. Anda juga berhak untuk menarik balik keizinan yang anda berikan sebelum ini untuk mengumpul, menyimpan, memproses, menggunakan, dan mendedahkan maklumat peribadi anda dan untuk meminta kami menghentikan pemberian maklumat peribadi anda kepada mana-mana pihak ketiga.